RICH RICHER RICHEST!!!! ... Just with ONE click!!

October 18, 2010

PANTANG LARANG ORANG MELAYU

Aku nk share skit ngan kawan2.Just kepercayaan masyarakat Melayu bertujuan mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik  pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman (ngan komen aku sendiri )..Click read more




PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG (ISTERI)
  • Dilarang mencaci atau mengumpat.Dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak (Tak mengandungpun dilarang!)
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang (Ibu mengandung tak boleh buat keja berat..)
  • Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan (Jgn aniaya binatang..)
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya (Maghrib mmg tak elok keluar sebab waktunya pendek)
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap (bukan selalu pun dpt tgk gerhana..huhuhu)
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu (Buatnya org tak nmpk tersadung si ibu, tak ka kecelakaan tu??)
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa (Keja berat sebenarnya..Tak digalak buat takut ibu penat)
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya (Yunnam ada, minyak kelapa ada..boleh usaha..)
  • Jangan membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan (Takut terpijak..)
  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar (Besar kepala kerana degil kut-sepanas matahari) 
  • Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya (Apa pula mesejnya ya) 
  • Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan (Tak baik kutuk org)
  • Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur (Minum ms da 8-9 bulan untuk mudah bersalin)
  • Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur (Buatnya terpijak kucing, cian dia..)
  • Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat (Bahaya tak nmpk nnt tersangkut mata/leher..)
  • Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri (Pegaga sejuk)
PANTANG LARANG SEMASA ISTERI MENGANDUNG (SUAMI)
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis (Namakan Ahmad Albab)
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya (Qada' Qadar Allah)
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut (Jgn zalimi binatang)
PANTANG LARANG UNTUK BAYI
  • Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus (Kebetulan kut.. Erfan pun camni)
  • Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan (Da sakit, takda mood dia nk makan)
  • Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut (Ibu ka bayi??)
  • Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap (Elak membazir)
  • Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur (Cium pipi dan mulut)
  • Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut (Cloth diaper? Aku selalu rendam dlu)
  • Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya (Cute!)
  • Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu (CPR..)
PANTANG LARANG KETIKA MAKAN
  • Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
  • Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
  • Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
  • Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
  • Makan sisa anak, anak akan degil.
  • Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
  • Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
  • Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
  • Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
  • Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
  • Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
  • Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
  • Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
  • Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
  • Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
PANTANG LARANG SEMASA TIDUR
  • Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
  • Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
  • Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
  • Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
  • Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
PANTANG LARANG UNTUK PEREMPUAN
  • Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua :)
  • Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang 
  • Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin (Teringat lagu Jalil Hamid)
  • Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh 
  • Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh
  • Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua (Guna jer ubat kutu)
  • Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial (Terluka jari)
  • Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama (Beli ja yg baru. Bukan mahal pun)
  • Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap 
  • Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja (Ada gak org pinang)
  • Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang 
  • Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki (Rajin apa)
  • Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial 
  • Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai (Ramai ler laki buat ni..)
  • Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
PANTANG LARANG UNTUK LELAKI
  • Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk (Bising orang nk tidur)
  • Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan (Buruk perangai)
  • Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit (Tak malu ke intai org??)
  • Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati (Go and get a room!)
  • Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu (Ai..tak dpt la tgk Shin Chan mcm ni)
  • Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang (Aku pun tak thn panas)
  • Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu (Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari)
  • Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki (Tak balance, nnt jatuh)
PANTANG LARANG UNTUK KANAK-KANAK
  • Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
  • Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
  • Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
  • Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
  • Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
  • Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
  • Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
  • Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
  • Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
  • Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
  • Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
  • Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
PANTANG LARANG SEMASA DI HUTAN
  • Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
  • Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
  • Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
  • Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
  • Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
  • Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
  • Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
  • Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
  • Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
PANTANG LARANG SEMASA DI SUNGAI
  • Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
  • Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
  • Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
  • Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
  • Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
  • Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
PANTANG LARANG SEMASA DUDUK
  • Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
  • Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
  • Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
  • Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
  • Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.
Moral : 
Jangan duduk terkangkang! Semua bangsa larang tau :)

1 REAL slim SHADY shout out:

jutt said...

salam jemput ke blog saya...
www.budgetoys.blogspot.com.
ade leap pad murah2 jer...bole lebih kurang

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

MUST CLICK

MUST CLICK
Easy and Quick SEARCH

d.u.i.t