RICH RICHER RICHEST!!!! ... Just with ONE click!!

November 9, 2010

AWAS!! SHAKEN BABY SYNDROM


shaken_baby 
Shaken Baby Syndrome (SBS) atau sindrom bayi yang digoncang dapat menyebabkan kematian mendadak. Menurut profesor Hans-Juergen Nentwich, goncangan keras selama lima saat saja sudah cukup untuk merosakkan fungsi otak bayi anda. Bayi 0-3 tahun memiliki otot leher yang lemah namun memiliki kepala yang berat dan besar. Selain itu terdapat rongga dan celah antara otak dan tulang untuk pertumbuhan otak bayi. Jika anda menggoncang bayi anda maka akan ada pergerakan atau perpindahan otak bayi anda yang akibatnya membuat otak bayi membengkak dan perdarahan pada pembuluh darah.

Berikut TIPS Mencegah SBS
* Jangan menggoncang bayi di bawah umur 3 tahun!
* Jangan lupa menyangga kepala bayi dengan tangan.
* Pentingnya melindungi kepala bayi Anda (bagitau baby sitter bayi Anda)
* Pastikan semua orang yang dekat dan sering menggendong bayi Anda tahu benar bahayanya seorang bayi jika digoyang.
* Jika dengan sengaja/tidak sengaja, Anda menggoncang-goncang bayi Anda, segera bawa bayi Anda ke doktor untuk diperiksa. Pendarahan di dalam otak hanya dapat diubati jika anda segera memberitahu kepada doktor bahwa Anda baru saja menggoncang bayi anda. Cara ini akan menyelamatkannya.

Pada 4 Disember 2007, seorang ibu bernama Jessica terpaksa melakukan apa yang seharusnya tidak dilakukan oleh seorang ibu. Pada pukul 2:29 pm Jessica membuat satu keputusan yang betul walaupun sangat sukar, iaitu mencabut alat sokongan hayat dari tubuh bayi perempuannya yang baru berumur 3 bulan.

Jessica:"Jika anda mempunyai anak kecil, pastikan anda memperhatikan mereka setiap masa. Jangan mempercayai orang yang tidak dikenali. Percayalah, saya fikir saya boleh mempercayai Josh .Tetapi sekarang, iaitu tarikh 4 Disembar 2007 pukul 2:29 PM, bayiku telah pergi.Bayiku satu-satunya yang sangat kusayangi.Josh akan membayar hal ini SEUMUR HIDUPNYA, walaupun dia boleh keluar dari penjara, dia pasti akan mati, dan kepada semua temanku yang mengenal anakku, Saya sangat marah dan kecewa kerana kehilangan bayi perempuanku yang sangat kusayangi. Dia meninggal dunia pada hari ulangtahunnya yang ke tiga bulan"
London mengalami patah / retak pada enam tulang rusuknya, kedua-dua kakinya patah, dan otaknya rosak teruk, meskipun dia boleh selamat, dia akan sama seperti sayur-sayuran (keadaan seperti mati). Oleh kerana itu, saya melakukan apa yang betul dan apa yang terbaik bagi bayiku, mencabut alat sokongan hayatnya..

Apa yang terjadi pada bayiku adalah apa yang disebut Shaken Baby sydrome [SBS]. Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu Shaken Baby Syndrome perhatikan fakta-fakta mengenai hal ini; Menggoncang, menyentak, dan menggoyang boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala bayi sobek atau bocor. Shaken Baby Syndrome adalah menggoncang seorang bayi atau anak kecil pada tangan, kaki atau bahu dengan atau tanpa pengaruh langsung pada kepala. Trauma ini (SBS) boleh menghasilkan pendarahan dan kecederaan pada otak tanpa kelihatan tanda-tandanya.

Seringkali orang yang marah atau geram ketika menjaga bayi atau menggoncang mereka untuk menghentikan tangisan mereka. Mereka merasa hal tersebut tidak berbahaya. Namun, otak dan pembuluh darah seorang bayi amat sangat rapuh terhadap gerakan seperti menggoncang, menyentak, dan menggoyang.
Otot leher seorang bayi atau anak kecil sangatlah lemah, kepala bayi relatif berat dan leher tidak boleh menyokong tekanan atau voltan akibat goncangan atau goyangan. Mengguncang seorang anak yang masih kecil, dengan atau tanpa sokongan langsung pada kepala, boleh menyebabkan kerosakan otak, kebutaan, kelumpuhan saraf, kehilangan pendengaran, kecederaan tulang belakang, kejang, dan bahkan kematian.

Comment:
Jangan goncang/lambung/menari dgn bayi anda 
(bukan saja KEPALA malah TANGAN, KAKI / BAHU) !!!
Credit: MalaysiaSensasi.Net

0 REAL slim SHADY shout out:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

MUST CLICK

MUST CLICK
Easy and Quick SEARCH

d.u.i.t